Op Letrik TNB Hasilkan Rampasan Bitcoin RM1.6 Juta

4 Jan 2022 • 9:26 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
16 premis yang menjalankan aktiviti perlombongan bitcoin telah diserbu pihak berkuasa dalam 'Op Letrik TNB' yang dijalankan semalam hingga awal pagi ini.

LUMUT - Serbuan 'Op Letrik TNB' membabitkan 16 premis di sekitar Manjung sejak semalam hingga awal pagi hari ini berjaya merampas sebanyak 864 peralatan untuk aktiviti perlombongan bitcoin bernilai RM1.6 juta.

Operasi berkenaan disertai 155 pegawai dan anggota polis dengan dibantu sembilan juruteknik khas Tenaga Nasional Berhad (TNB), serta enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, operasi berkenaan yang bermula jam 3 petang semalam hingga 4 pagi hari ini berjaya memeriksa 47 premis di sekitar Lumut.

Menurutnya, daripada pemeriksaan dijalankan itu, pihaknya berjaya mengesan sebanyak 16 premis yang menjalankan aktiviti perlombongan bitcoin.

“Pemeriksaan berjaya merampas 816 unit mesin bitcoin, 15 unit monitor, 17 Unit Pemprosesan Pusat (CPU) dan 16 unit router internet.

“Kesemua rampasan yang dibuat dianggarkan bernilai RM1.6 juta dan siasatan bagi semua kes itu dibuat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 37(3) Akta Bekalan Elektrik 1990,” katanya di sini hari ini.

Mior Faridalathrash berkata, polis akan terus meningkatkan usaha termasuk menjalankan operasi dan serbuan bagi menghapuskan kegiatan mencuri bekalan elektrik bagi tujuan melombong bitcoin.

“Orang ramai yang mengetahui mana-mana individu atau premis melakukan kegiatan tersebut diminta menyalurkan maklumat kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya. - Getaran, 4 Januari 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved