“Kami ‘Standby’ Kalau Diserbu” – Kebanyakan Peniaga Jadikan Pelitup Muka Sekadar ‘Aksesori’

Health & Fitness
12 Jan 2022 • 2:49 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Rata-rata peniaga kini dilihat menggunakan pelitup muka yang sepatutnya berfungsi untuk melindung diri daripada virus Covid-19 tetapi dijadikan sebagai ‘aksesori’.

Ada antara mereka mengenakan pelitup muka, tetapi dengan cara tidak sempurna apabila meletakkannya di dagu, lengan dan sekadar tergantung di leher sahaja.

Hal ini berikutan daripada untuk mengelak dikenakan kompaun daripada pihak berkuasa atau sekiranya ada pemeriksaan Kementerian Kesihatan (KKM).

image is not available

Kami memang standby pelitup muka kalau diserbu secara mengejut.

Munurut laporan Harian Metro, pemakaian pelitup muka dianggap remeh oleh sesetengah peniaga dan tidak menganggapnya mampu melindungi daripada Covid-19.

Kadang-kadang saya terpaksa letak pelitup muka di dagu sebab susah nak bernafas dan rimas lagi-lagi bila ramai pelanggan.

image is not available

Dalam pada itu, pakar kesihatan pekerjaan, kecemasan dan kesihatan awam, Dr Hanafiah Bashirun berkata, pemakaian pelitup muka sebagai pelindung daripada Covid-19 tidak akan tercapai sekiranya orang ramai masih merasakan ia sekadar aksesori.

image is not available 2 bulan lalu

Ahli Perniagaan Bengal Tayang Pelitup Muka Emas Berharga RM236,700