Pemberian Dos Penggalak Tanpa Temujanji Diperluaskan Ke Seluruh Negara Bermula 29 Januari 2022

TechnologyDigital
28 Jan 2022 • 6:45 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Terdahulu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengumumkan perlaksanaan Vaksinasi Dos Penggalak Covid-19 secara tanpa temu janji di empat PPV sekitar Lembah Klang. Selari dengannya, KKM kini berkongsi perkembangan baharu yang mana pelaksanaan ini akan diperluaskan ke seluruh negara bermula esok, iaitu 29 Januari 2022.

image is not available

Difahamkan, pelaksanaan ini melibatkan kesemua penduduk dewasa yang berumur 18 tahun dan ke atas. Pada masa sama, KKM menyatakan jenis vaksin yang diberikan adalah terhad kepada bekalan yang ada di setiap PPV. Kemudian, bagi PPV Pengamal Perubatan Swasta pula, orang ramai diminta untuk menghubungi klinik swasta terlibat bagi mendapatkan masa yang sesuai untuk pemberian dos penggalak ini.

image is not available
Sijil vaksinasi yang lengkap

Sebagai peringatan, mana-mana individu yang hadir untuk pemberian vaksin dos penggalak ini digalakkan untuk mempunyai sijil vaksinasi yang lengkap dalam aplikasi MySejahtera. Jika sebaliknya, anda diminta untuk membawa bersama kad vaksinasi fizikal sebagai alternatif lain.