“Jangan Bercakap Pasal Allah Dengan Gambar Separuh Boleh Begini” – Netizen ‘Sound’ Nam Ron

6 Jan 2022 • 1:55 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, pelakon Nam Rom mencetus kontroversi selepas dia memuat naik gambar separuh bogelnya di Instagram. Menerusi gambar itu, Nam Ron dilihat tidak berbaju dan hanya menutup bahagian sulitnya dengan patung unicorn.

Perkongsian pengarah One Two Jaga itu telah mengundang pelbagai reaksi daripada rakan artis dan netizen. Menurut warganet, foto itu tidak sepatutnya ditayangkan pada umum dan tindakannya tidak sesuai dengan usia.

Di ruangan komen, boleh dilihat ada segelintir yang terhibur dan berkata Nam Ron sememangnya seorang yang ‘gila gila’. Bagaimanapun, ada yang mengkritik tindakannya kerana memuat naik gambar tidak sesuai dengan kapsyen yang ditulis.

Jangan bercakap pasal Allah dengan gambar sebegini. Tunjuk aurat, macam mempersendakan Tuhan pun ada. Dah tua buat cara tua.”

image is not available

Sebelum ini, Nam Ron pernah memuat naik gambar tidak berbaju dengan tujuan mahu menegur secara sarkastik kepada pihak produksi yang meletakkan syarat bahawa pengambilan pelakon adalah berdasarkan jumlah pengikut yang ramai di media sosial.

image is not available 2 hari lalu

Cetus Kontroversi, Nam Ron Kongsi Gambar Separuh Bogel