F1 Umum Lanjut Kontrak Singapore Grand Prix Hingga 2028

27 Jan 2022 • 9:26 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar pada 22 September 2019 ini menunjukkan perlumbaan Formula 1, Singapore Grand Prix yang diadakan pada waktu malam di Marina Bay Street Circuit di Singapura. - Gambar fail AFP

Singapore Grand Prix akan terus diadakan di Marina Bay Street Circuit untuk tempoh tujuh tahun lagi, selepas kontraknya dilanjutkan.

Ia akan berlangsung di Singapura dari 2022 sehingga 2028, selepas lanjutan kontrak yang dipersetujui antara Singapore GP Pte Ltd (SGP), Singapore Tourism Board (STB) dan Formula 1 (F1).

Walaupun sudah dua tahun sejak Grand Prix Singapura, yang pertama kali diadakan pada 2008, ditangguhkan disebabkan pandemik, namun acara itu akan kembali pada 2022 sebagai sebahagian daripada 23 perlumbaan pada musim ini.

Selain itu, STB dan SGP akan bekerjasama untuk mengurangkan pelepasan karbon sebagai sebahagian daripada peralihan kepada model perniagaan yang lebih mampan, selain selaras dengan inisiatif Formula 1 iaitu meningkatkan usaha kitar semula serta menggunakan bahan mampan untuk mengurangkan pelepasan karbon pada perlumbaan tersebut.

''Saya gembira Formula 1 akan terus berlumba di Singapura selama tujuh tahun lagi.

''Marina Bay Street Circuit menjadi tuan rumah perlumbaan malam yang pertama dalam sejarah F1 pada 2008, dan Singapura terus menawarkan keseronokan kepada peminat, pasukan serta pemandu sejak itu.

''Singapura mempunyai tempat istimewa dalam kalendar F1, dan tempoh lanjutan ini adalah sebahagian daripada komitmen jangka panjang kami untuk terus mengembangkan sukan ini di Asia,'' kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Formula 1, Stefano Domenicali.

Singapore Grand Prix dijadualkan pada 2 Oktober ini. - formula1.com

View Original Article