McDonald’s Jepun hadkan pembelian kentang goreng

11 Jan 2022 • 3:36 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

TOKYO : Pelanggan di restoran makanan segera McDonald’s Jepun dihadkan membeli kentang goreng bersaiz kecil sehingga bulan depan, menurut laman United Press International.

Pengurusan McDonald’s mengeluarkan kenyataan itu, mendakwa catuan itu disebabkan oleh kekangan berkaitan cuaca terhadap penghantaran kentang.

“Kentang restoran kami diimport dari Amerika Utara, dan bekalan tidak dapat dihantar ke Jepun kerana banjir di pelabuhan perkapalan transit Vancouver, Kanada,” katanya.

McDonald’s Japan Co. Ltd. mengumumkan dalam satu kenyataan bahawa McDonald’s akan melarang sementara penjualan kentang goreng saiz M dan L mulai 9 Januari selama kira-kira sebulan dan hanya akan menawarkan saiz S dalam tempoh itu.

Banjir di British Columbia pada November tahun lalu menyebabkan lebih banyak kelewatan dalam rantaian bekalan, yang sebelum ini telah pun dihalang oleh Covid-19.

Kelewatan penghantaran di Pelabuhan Vancouver juga disebabkan oleh salji lebat baru-baru ini.

-AGENSI

Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved