Pekerja Penyelenggara Maut Terjatuh Di Ruang Lif

29 Jan 2022 • 9:32 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar hiasan AFP

LKUALA LUMPUR - Seorang lelaki ditemukan maut akibat terjatuh di ruangan lif di sebuah pusat membeli belah di Jalan Loke Yew, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur berkata lelaki berumur 33 tahun yang merupakan pekerja penyelenggara bangunan berkenaan, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. 

“Pasukan bomba yang tiba di lokasi kejadian selepas mendapat panggilan pada kira-kira pukul 11 pagi, mendapati seorang lelaki dewasa berada di tingkat bawah (B2) dalam ruangan lif pusat membeli belah itu, dan berdasarkan maklumat, lelaki itu dipercayai terjatuh dari tingkat empat,” katanya dalam kenyataan.

Katanya pasukan penyelamat menggunakan basket stretcher dan tali untuk menarik dan mengeluarkan mayat daripada lubang ruang lif berkenaan yang dianggarkan sedalam enam kaki dari pintu lif.

Mayat kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. - Bernama 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved