KDEBWM perlu tambah aset untuk kecemasan

6 Jan 2022 • 11:06 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SHAH ALAM - KDEB Waste Management (KDEBWM) perlu membeli aset baharu bagi kegunaan waktu kecemasan seperti banjir yang berlaku pada 18 Disember lalu.

Pengarah Urusan KDEB Waste Management (KDEBWM), Ramli Mohd Tahir berkata, antaranya termasuk mesin jengkaut dan lori Roll On Roll Off (roro) dengan muatan 7.5 tan.

Beliau berkata, aset yang ada di semua pihak berkuasa tempatan (PBT) Selangor sahaja tidak mencukupi kerana telah digerakkan ke lokasi kejadian.

"Pengalaman banjir lalu menunjukkan pentingnya KDEBWM mempunyai aset baharu yang boleh digunakan ketika situasi kecemasan.

"Saya sangat bersyukur pada hari kejadian banyak pihak luar dari pelbagai PBT tampil membantu Selangor," katanya, pada Rabu.

Beliau berkata, aset milik syarikat juga tidak dapat digunakan sepenuhnya apabila hampir 45 lori rosak ditenggelami banjir.

"Ia mengambil masa untuk membaiki kerosakan dan mencari lori ganti. Apabila banjir berlaku, semua orang akan mencari jengkaut dan lori roro untuk angkut sampah pukal.

"Sebanyak 500 lori syarikat digerakkan ke lokasi banjir dan kami turut peruntukkan antara RM10,000 dan RM30,000 sehari untuk menyewa lori luar bagi melancarkan operasi kutipan sampah pasca banjir," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved