(TAHNIAH) Bakal Timang Anak Kedua, Eyra Hazali Hamil Lima Bulan

4 Jan 2022 • 11:16 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon, Eyra Hazali mengumumkan dirinya kini sedang hamil lima bulan cahaya mata kedua bersama suami yang merupakan penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Haziq Nadzli.

Eyra atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina binti Hazali berkongsi berita gembira itu menerusi hantaran video di laman Instagram miliknya.

Menerusi hantaran video tersebut, Eyra telah membuat kejutan kepada suami dan anak sulungnya dengan menyerahkan hadiah berbentuk kit ujian kehamilan.

Awak serius ke sayang? Atau ni ujian kehamilan yang lama dulu?

Difahamkan, pelakon drama Nur 2 itu telah menggunakan kaedah yang sama untuk berkongsi khabar gembira kepada suaminya semasa hamil anak pertamanya.

Info tambahan, Eyra dan Haziq mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019 di sebuah masjid di Kuala Lumpur dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Muhammad Hayder Qhalish Muhammad Haziq.

image is not available 1 bulan lalu

Pasukan JDT Tewas, Eyra Hazali Titip Kata Semangat Buat Suami, Anggap Tiada Rezeki Tambah Koleksi Piala

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved