
KOTA MARUDU: Kelab Lions Downtown Kota Kinabalu menerima geran RM8,000 daripada Yayasan Kelab Lions Antarabangsa Daerah 308-A2 untuk membantu mangsa banjir pada 3 Januari lepas.
Jumlah mangsa banjir adalah seramai 1,664 orang termasuk 457 keluarga di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Mangsa banjir ditempatkan di sembilan PPS iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Teritipan, St. Theresa, Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tandek, Dewan Longob, Bangunan Kelab Rukun Tetangga Salimandut, Dewan Asin Asin, Sekolah Rendah Advent Damai, Dewan Sekolah Menengah Advent Goshen dan SK Ranau.
Dengan bantuan daripada Sabah Forest Solution dan Pejabat Daerah, Kelab Lions Antarabangsa Daerah 308-A2 bersama-sama Kelab Lions Kota Marudu, membantu dalam penghantaran keperluan asas mereka seperti susu tepung, selimut, tuala wanita, lampin bayi, biskut kering, mi segera dan keperluan asas lain untuk membantu seramai 300 isi rumah di Kampung Longop.
“Kami dimaklumkan banjir kilat memusnahkan dan menghanyutkan tangki air mereka serta sebahagian besar barangan rumah mereka. Kami percaya bantuan yang kami berikan akan membantu penduduk kampung yang terjejas,” kata Lion Alyssa, pengerusi projek di Kelab Lions Downtown Kota Kinabalu.
“Yayasan Daerah komited dalam memperkasakan Kelab Lions untuk memenuhi keperluan komuniti tempatan mereka sendiri. Menerusi sokongan orang ramai dalam komuniti dan Kelab Lions Antarabangsa Daerah 308-A2, ia membolehkan kelab kami melengkapkan projek ini,” kata Lion Alyssa, sambil menambah “Di mana ada keperluan, di situ ada Lion”.
Gabenor Daerah tahun ini, Lydia Lu Siew Fong memilih tema “Melibatkan diri untuk Berkhidmat”.
Sejak beliau mengisi tugas itu bermula 1 Julai 2021, Kelab Lions in Daerah 308-A2 berusaha bertungkus lumus membantu masyarakat setempat untuk mengusahakan lima kawasan yang mengalami isu Penglihatan, Diabetes, Kelaparan, Alam Sekitar dan Kanser Kanak-kanak.
Daerah 308-A2 setakat hari ini, merangkumi sejumlah 98 Kelab Lions Antarabangsa yang berpangkalan di Sabah, Sarawak dan WP Labuan dan dengan 2,752 keahlian.
Kelab Lions terdiri daripada sekumpulan lelaki dan wanita, yang menetapkan sasaran untuk mengenal pasti keperluan masyarakat dan bekerja bersama-sama untuk memenuhi keperluan tersebut.
Untuk maklumat lanjut berhubung Kelab Lions Antarabangsa Daerah 308-A2, sila layari laman Facebook lionsclubs308a2 atau www.lionsclubs308a2.org.my.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
