
BEAUFORT: Pertubuhan Rumpun Etnik Sabah (Presbah) berharap kerajaan akan menimbangkan cadangan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) one-off (sekali bayar) sebanyak RM10,000.
Presidennya Yahya Ahmad berkata rakyat memerlukan wang untuk membayar hutang mereka semasa pandemik Covid-19.

