2,200 penguat kuasa JPJ digerakkan dalam Ops Bersepadu: Ka Siong

27 Jan 2022 • 11:30 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PUTRAJAYA - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menggerakkan 2,200 anggota penguat kuasa di seluruh negara dalam Ops Bersepadu sempena Tahun Baharu Cina, bermula 25 Januari hingga 8 Februari ini.

Sepanjang tempoh itu, JPJ akan menggunakan kaedah ‘penyamaran’ sebagai penumpang bas ekspres dan pemantauan melalui Enforcement Based Station (EBS) di 14 lokasi tumpuan sepanjang lebuh raya.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, pelaksanaan Perception Of Being Caught (POBC) dan Ops Khas Motosikal dan Pra-Ops TBC yang melibatkan pemeriksaan bas di 75 buah depoh dan 28 terminal bas utama juga akan dilaksanakan bagi memastikan bas berada dalam keadaan road worthiness.

AKAN MENYUSUL

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved