15 kampung di Paitan banjir, 12 keluarga dipindahkan

1 Jan 2022 • 12:01 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

BELURAN: Tujuh sekeluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SMK Pamol selepas rumah mereka di Kampung Tolungan, Pamol, Daerah Kecil Paitan, disini, dinaiki air pada Sabtu.

Manakala lima lagi ketua isi rumah melibatkan 23 mangsa banjir dari Kampung Binsulung turut dipindahkan ke PPS Dewan Kampung Binsulung selepas rumah mereka turut dinaiki air pada Sabtu.

PPS SMK Pamol dibuka kira-kira jam 8.00 pagi Sabtu dan PPS Dewan Kampung Binsulung dibuka kira-kira jam 12.19 tengahari selepas terdapat mangsa banjir dari kawasan berkenaan.

Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Paitan, melaporkan, hujan juga mulai turun sejak 27 Disember tahun lepas kira-kira jam 8.00 pagi dan pihak PKOB juga segera diaktifkan sejurus itu.

Ia juga selaras dengan amaran hujan lebat yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.

Setakat jam 4.00 petang Sabtu, sebanyak 15 buah kampung dalam kawasan Paitan dikenalpasti telah terjejas termasuk Kg.Tanjung Nipis 1, Kg.Tanjung Nipis 2, Kg.Binabaru @ Sulit, Kg.Batangon Darat, Kg . Simpangan, Kg.Tebatu, Kg. Dalamas, Kg.Kabuluh, Kg.Pamol, Kg.Tagas-Tagas, Kg. Binsulung, Kg.Lumantik, Kg.Basai dan Kg.Tolungan.

Manakala terdapat 10 buah jalan yang dinaiki air termasuk Jalan Kg.Tanjung Nipis 1&2, Jalan Kg.Sulit, Jalan Kg.Batangon Laut, Jalan Kg.Simpangan, Jalan Kg.Tebatu, Jalan Kg.Dalamas, Jalan Kg.Kabuluh, Jalan Kg.Tagas-Tagas dan Jalan SK/SMK Pamol.

Sementara itu, lapan KIR melibatkan 31 mangsa termasuk seorang ibu mengandung, dua warga emas,masing-masing 11 lelaki  dan 11 wanita, empat kanak-kanak, masing-masing seorang bayi dan orang kelainan upaya dari Kampung Balaban Jaya, Beluran turut dipindahkan ke PPS Dewan Balaban setelah rumah mereka juga dinaiki air.

Agensi penyelamat dan yang berkenaan termasuk pejabat daerah serta jawatankuasa pengurusan kampung terlibat dan sekitar juga sudah bersiap sedia memantau dan membantu di lokasi-lokasi yang terlibat banjir dikawasan daerah kecil ini.

Dalam pada itu, paras air beberapa sungai di kawasan Tagas-Tagas Pamol dan Paitan Sugut juga menunjukkan trend yang meningkat termasuk Sungai Labuk, Sungai Tongod,Tagas-Tagas, Sualok, Sungai Paitan, Tangkarason, Sungai Kaindangan, Sugut dan Sungai Lingkabau.

PKOB juga menerima laporan limpahan air di jalan utama Kampung Batangon Darat yang menghubungkan jalan ke Kampung Batangon Laut Bina [email protected], Tanjung Nipis 1 dan 2 serta Kampung Kabuluh tidak boleh dilalui kenderaan pada Sabtu.

Dalam pada itu, itu susulan paras air Sungai Segaliud di Sandakan yang dilapor semakin meningkat, beberapa penghuni rumah di Kampung Segaliud juga telah diarah berpindah sementara ke tempat yang selamat oleh pihak Bomba dan Penyelamat Kinabatangan.

Balai itu turut menerima aduan dimana terdapat kejadian runtuhan kecil berlaku dikawasan berhampiran rumah penduduk kampung tersebut dan pemantauan juga telah dilakukan.

Manakala di Sungai Memanjang, Sandakan, susulan hujan sejak beberapa hari lepas, air turut dilapor naik.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.