Waspada rekahan jejantas pejalan kaki hadapan SMK Pengkalan Permatang

10 Jan 2022 • 1:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA SELANGOR - Pengguna kenderaan diminta berhati-hati berikutan terdapat rekahan pada jejantas pejalan kaki di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SKM) Pengkalan Permatang di Laluan Persekutuan 5 di sini.

Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Selangor dalam satu kenyataan berkata, rekahan pada struktur rasuk jejantas tersebut disebabkan hentaman daripada kenderaan berat.

Jelas kenyataan itu, JKR Kuala Selangor telah membuat pemeriksaan awal dan mendapati laluan jalan raya di bawah masih selamat untuk dilalui.

"Bagaimanapun, semua pengguna perlu berwaspada ketika melalui bawah jejantas berkenaan," kata kenyataan itu menerusi Facebook pada Isnin.

Justeru, katanya, kerja-kerja pemasangan Pelan Pengurusan Trafik (TMP) di lokasi akan dibuat sebagai langkah berjaga-jaga.

Selain itu, Cawangan Senggara Fasiliti Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia juga telah dimaklumkan berkenaan perkara itu.

"Langkah susulan akan dibuat setelah menerima arahan lanjut dari pejabat berkenaan," ujar kenyataan itu.

View Original Article