
Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad mendapat perhatian orang ramai apabila pereka fesyen terkenal, Shanell Harun memuat naik satu video di media sosial TikTok.
Menerusi video berkenaan, Uyaina atau nama sebenar Saidatul Naseha Uyaina Arshad mengenakan baju persalinan yang diinspirasikan daripada Cleopatra sempena Arabian Night.
Bagaimanapun, aksesori bertanduk yang dikenakan Uyaina itu mendapat kritikan dan kecaman hebat daripada netizen.
Meninjau diruangan komen, rata-rata netizen mempertikaikan maksud di sebalik aksesori terbabit.
“Apa benda tanduk macam ni ya Allah haih” tulis seorang netizen.
“Ni bukan mahkota ala-ala isteri firaun pakai ke?” tulis seorang lagi pengguna TikTok.
Dalam pada itu, video tersebut telah mendapat lebih 600,000 tontonan dan 1,000 komen di TikTok.
Namun, Shanell telah menutup ruangan komen pada video tersebut.
"Salah Pilih Lagu Tu" - Netizen Tak Puas Hati, Tok Ram Dedah Punca Aweera Duduki Tempat Keenam
The post Disamakan Dengan Isteri Firaun, Baju Persalinan Uyaina Arshad Dikecam Netizen first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
