Letak SPRM di bawah Parlimen

Politics
3 Jan 2022 • 12:35 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SHAH ALAM - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mencadangkan agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diletakkan di bawah Parlimen.

Menurutnya, langkah meletakkan SPRM di bawah Parlimen akan memastikan proses semak dan imbang SPRM lebih bebas serta telus.

"Pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM akan menjadi prerogatif Parlimen dan bukan lagi perkenan Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri.

"SPRM tidak boleh terlalu kebal sehingga tidak ada kaedah yang 'transparent' untuk bertindak jika terdapat dakwaan salah laku dalaman oleh orang atasan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Pada Selasa lalu, pakar ekonomi, Profesor Dr Edmund Terence Gomez meletakkan jawatan sebagai Ahli Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM selepas panel tersebut didakwa gagal membincangkan laporan kritikal membabitkan pegawai tinggi SPRM.

Dr Gomez dalam surat peletakan jawatannya kepada Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM, Tan Sri Borhan Dolah yang tular di media sosial berkata, keputusan itu dibuat kerana timbul persoalan mengenai ‘hubungan antara perniagaan dan pihak berkuasa’ dan situasi konflik kepentingan membabitkan pegawai tinggi SPRM.

Mohd Puad turut mempersoalkan apakah tindakan susulan berhubung dakwaan tersebut yang turut menyaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berdiam diri.

"Seperti yang dijangkakan semua pihak senyap dan plaster mulut. PM (perdana menteri) juga tidak komen apa apa.

"Akhirnya kita balik amalan lapuk. Mula mula panas kemudian tutup buku dan dilupakan. Rakyat tertunggu tunggu tanpa ada penyelesaian konkrit," ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved