Pernah Jaga Di ICU, Nurse Tak Sangka Lelaki Terlantar Koma Sembuh Tahap Ini

19 Jan 2022 • 12:11 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Sebelum ini, viral kisah pengorbanan seorang isteri menjaga suami terlantar koma hampir enam bulan akibat kemalangan jalan raya.

Walaupun pelbagai dugaan dihadapi, Siti Rohayu tidak putus asa merawat suaminya, Muhamad Ridhwan sehingga sembuh sepenuhnya.

Di TikTok, perkongsian Siti Rohayu bersama suami menarik perhatian seorang jururawat. Jururawat tersebut sebelum ini pernah menjaga Muhamad Ridhwan di Wad 2 Delima, Unit Rawatan Rapi Neuro Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

Dia sendiri tidak menyangka Muhamad Ridhwan yang terlantar koma boleh sembuh sampai tahap itu.

Perkongsian itu sehingga ini meraih hampir 500,000 tontonan dan 900 komen daripada netizen. Rata-rata bersyukur melihat suaminya sihat seperti sediakala.

image is not available

Netizen turut memuji kesetian Ayu menjaga suami dan anak-anak walaupun pernah berdepan fitnah besar sebelum ini. Meninjau ke Instagram, Ayu dan suaminya yang lebih mesra disapa Abi sering meluangkan masa bersama anak-anak.

Kredit: TikTok @sitirohayu303 | Instagram wanayu303

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

View Original Article