Aliran Trafik Lebuh Raya Utama Lancar

31 Jan 2022 • 1:30 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Aliran trafik masih lancar di seluruh negara meskipun ramai yang mengambil kesempatan sempena cuti Tahun Baharu Cina untuk balik kampung atau bercuti. - Gambar fail

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di semua lebuh raya utama di negara berjalan lancar walaupun sambutan perayaan Tahun Baharu Cina hampir bermula.

Berdasarkan laporan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), aliran trafik di sekitar Plaza Tol Gombak dan Bentong serta laluan mendaki di Genting Sempah dan Bukit Tinggi masih lancar dan terkawal.

Menurutnya, trafik di sepanjang laluan Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak juga masih lancar dan terkawal sejak pagi tadi.

Di arah Utara pula, LLM aliran trafik juga bergerak lancar terutamanya di Plaza Tol Jalan Duta dan Plaza Tol Juru.

Senario sama turut dilaporkan di Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah yang lengang di kedua-dua arah.

“Di arah Selatan juga keadaan terkawal setakat pagi ini termasuk di laluan utama iaitu Plaza Tol Sungai Besi dan Skudai.

“Trafik di kedua-dua arah laluan Malaysia - Singapura juga masih dalam keadaan lancar dan terkawal,” katanya. - Getaran, 31 Januari 2022