Mobile Clinic: Sambutan tertinggi pada hari pertama di PPR Batu Muda

18 Jan 2022 • 6:47 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

KUALA LUMPUR: Kehadiran penduduk yang menjalani pemeriksaan percuma pada hari pertama adalah seramai 78 orang yang terdiri daripada warga emas, dewasa dan kanak-kanak.

Program anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan usaha sama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) digerakkan dengan tenaga dan kerjasama daripada MAPIM Malaysia dan Medicom di PPR Batu Muda di sini, hari ini.

image is not available

image is not available

 

Program yang dilaksanakan buat kali keempat dengan jayanya ini akan berlangsung selama dua hari dari 18 Januari hingga 19 Januari 2022, bermula pada pukul 9 pagi hingga 5 petang.

Menurut sukarelawan MAPIM, Arfa Nasuha Nasrudin berkata, kedatangan penduduk sangat mengalakan dan kami turut terkejut dengan jumlah sambutan penduduk di sini.

image is not available

image is not available

Program Mobile Clinic telah mendapat pelbagai reaksi dan komen yang positif daripada orang ramai.

image is not available

Antara rawatan asas yang disediakan adalah seperti pemeriksaan tekanan darah, merawat luka (dressing), pembedahan ringan dan seumpamanya.

Kedatangan penduduk serta orang awam di sekitar kawasan dialu-alukan bagi membuat pemeriksaan kesihatan secara percuma.

image is not available

Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today