Selain Vaksin, Ini Dua Rawatan Lain Yang Boleh Digunakan Untuk Rawat ‘Koronavirus!’

Health & Fitness
15 Jan 2022 • 1:44 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
dua rawatan

Dua rawatan baru untuk merawat Covid-19 telah diluluskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk mencegah kematian dan sakit teruk akibat koronavirus.

Menerusi laporan Kosmo, dua rawatan ini berlaku apabila kes Omicron telah mencanak naik di seluruh dunia dan WHO juga meramalkan separuh penduduk Eropah akan dijagkiti virus ini pada bulan Mac nanti.

Kadar sembuh yang lebih tinggi

image is not available

Munurut jurnal perubatan Britain, BMJ, pakar-pakar WHO menyatakan, untuk merawat pesakit Covid-19 yang teruk dan krtikal, mereka menggunakan ubat arthritis, baricitinib bersama ubat jenis corticosteroid.

Selain itu, pakar turut mencadangkan rawatan antibodi sintetik iaitu Sotrovimab buat pesakit Covid-19 yang tidak serius tapi masih memerlukan rawatan hospital seperti warga emas dan penghidap diabetes.

Kesemua rawatan ini telah mendapat kelulusan WHO, termasuk corticosteroid untuk pesakit kritikal pada September 2020.

Harga untuk corticosteroid juga tidak mahal dan mudah untuk didapati. Ubat ini mampu untuk menyembuhkan keradang pesakit kritikal.

Ubat arthritis, tocilizumab dan sarilumab juga telah diluluskan WHO pada Julai tahun lalu untuk menghalang ‘ribut stokin’ akibat jangkitan Covid-19.

WHO juga menegaskan pesakit untuk memilih ubat berdasarkan isu berkaitan seperti pengalaman klinikal.

Rujuk pakar untuk maklumat lanjut dan janganlah sesuka hati makan mana-mana ubat tanpa nasihat doktor ya!

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media