Gara-Gara Post Filem "House of Gucci" Di IG Story, Adik Neelofa Bakal Kena Tindakan Dengan GSC!

EntertainmentMovie
6 Jan 2022 • 6:16 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Buat hal lagi la si adik Neelofa ni!

Kali ini sampai Golden Screen Cinemas (GSC) dilaporkan akan mengambil tindakan terhadap Little Miss Khan yang didakwa merakam beberapa babak dalam filem House of Gucci di Instagram Story peribadinya ketika menonton filem berkenaan, baru-baru ini.

Tindakan tegas pihak GSC itu adalah sebagai respon terhadap mana-mana individu yang bertindak merakam dan menyiarkan sedutan filem yang ditayangkan di pawagam mereka.

image is not available

‘’Merakam kandungan filem adalah dilarang sama sekali. Kami memandang isu ini secara serius dan sudah melaporkan insiden ini kepada pemilik hak cipta untuk tindakan lanjut, terima kasih kerana melaporkan perkara ini.

‘’Pemilik hak cipta, United International Pictures (UIP) juga sedia maklum akan insiden ini dan akan mengambil tindakan selanjutnya,’’ kata GSC.

Terdahulu seorang pengguna Twitter, Aysha Ridzuan mempersoalkan tindakan adik Neelofa yang memuat naik beberapa keeping gambar daripada laman Instagram, Little Miss Khan yang merekodkan aksi filem itu.

House of Gucci arahan Ridley Scott dibintangi pemenang Anugerah Akademi, Lady Gaga, Adam Driver, Jared Leto dan Salma Hayek.

Ia akan ditayangkan secara serentak di seluruh negara bermula 13 Januari depan.

image is not available

Sumber: Astro Awani