Rekaan Honor Magic V Akhirnya Diperlihatkan

TechnologyDigital
6 Jan 2022 • 3:49 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Honor Magic V akan dilancarkan pada 10 Januari hadapan. Kesemua imej acah yang dikongsi sebelum ini hanya menunjukkan sebahagian kecil bahagian peranti seperti engsel dan bonggol kamera. Tetapi beberapa hari sebelum acara pelancaran, imej di bawah dikongsi oleh majalah Esquire di laman Weibo mereka.

image is not available

Ini ialah kali pertama imej rasmi Magic V dapat dilihat sepenuhnya. Ia mengesahkan rekaan yang lebih mirip Galaxy Fold3 dan bukannya Oppo Find N. Skrin luaran adalah lebih memanjang dan panel belakang pula diperbuat daripada bahan kulit vegan. Ini adalah antara versi yang akan ditawarkan Honor kerana sebelum ini imej acah menunjukkan panel belakang diperbuat daripada logam.

Honor Magic V akan menjadi telefon skrin boleh-lipat pertama menggunakan Snapragin 8 Gen 1. Ia turut dipercayai dilengkapi skrin luar 120Hz dan skrin dalaman 90Hz yang dipadankan pula dengan sistem tri-kamera. Maklumat lebih lanjut peranti pastinya akan lebih diketahui pada hari pelancarannya kelak.