Nubia RedMagic 7 Mungkin Menyokong Pengecasan Pantas 165W

TechnologyDigital
27 Jan 2022 • 12:39 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available
RedMagic 6

Lambakan peranti pintar yang memfokuskan kepada permua ketika ini jelas menunjukkan bahawa arena sebegini turut mendapat perhatian sewajarnya daripada pengguna. Nubia merupakan salah satu daripada pengeluar yang sememangnya tidak asing lagi dalam arena ini.

image is not available
Siri RedMagic 6

Paling terkini, mereka nampaknya dalam persediaan untuk pengenalan Nubia RedMagic 7 yang bakal model kemas kini yang seterusnya untuk rangkaian peranti pintarnya. Peranti juga telah disahkan tiba sekitar bulan Februari kelak, dalam masa sama beberapa imej yang didakwa memperlihatkan rekaannya telah tertiris.

Bukan itu sahaja, beberapa butiran baharu telah muncul menerusi perkongsian Nubia di Weibo. Ia menunjukkan markah penanda aras peranti yang mencapai angka agak besar iaitu 1,101,769 mata. Kalau perasan, catatan angka ini adalah menghampiri skor penanda aras Realme GT 2 Pro yang tertiris sebelum ini. Oleh itu, ada kebarangkalian RedMagic 7 kelak turut menggunakan cip pemprosesan yang sama seumpama peranti berkenaan – iaitu Snapdragon 8 Gen1.

Seterusnya, ada kebarangkalian peranti kelak akan mempunyai sistem penyejuk yang baik. Ini bertujuan bagi pengoptimasian prestasi peranti yang baik tanpa masalah panas yang melampau. Pada masa sama, sistem yang sama turut akan digunakan sewaktu peranti sedang dicas untuk penggunaan lebih baik.

Bercakap mengenai teknologi pengecasan yang disertakan, ianya akan menyokong kuasa output mencapai 165W. Sekiranya benar, ia boleh dilihat sebagai peningkatan utama pada peranti berbanding model pendahulu. Dalam pada itu, turut tular beberapa imej yang memaparkan kepala pengecas untuk peranti menerusi perkongsian Digital Chat Station.

image is not available

Belum ada sebarang informasi lanjut mengenai tarikh pelancaran khusus yang dikongsi. Namun begitu, ketirisan beberapa butiran sebegini jelas menunjukkan ia bakal berlaku dalam masa terdekat ini. Tambahan pula, bulan Januari kini sudah menghampiri penghujungnya, sama-sama kita nantikan.