Honda Civic 2022 Malaysia: 5 perkara yang perlu anda tahu tentangnya

Cars
13 Jan 2022 • 1:25 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Honda memulakan kalendar 2022 mereka dengan pelancaran Honda Civic serba baharu Generasi ke-11 bagi mengukuhkan kedudukan nombor 1 mereka dalam segmen C di Malaysia. Berikut adalah 5 perkara yang anda perlu tahun tentang kereta baharu ini.

image is not available

1.    Harga Honda Civic Generasi ke-11 di Malaysia

Berikut adalah harga jualan Honda Civic Generasi ke-11 di Malaysia.

  • Varian E RM125,634.64
  • Varian V RM138,043.36
  • Varian RS RM144,350.09

Harganya nyata lebih tinggi berbanding Generasi ke-10 yang dilancarkan dalam tahun 2016 lalu iaitu dalam julat harga RM110 ribu hingga RM132 ribu.

image is not available

2.    Enjin 1.5L Turbo merentasi varian

Generasi ke-11 menyaksikan Honda telah meninggalkan enjin alami 1.8L. Kesemua varian kali ini menggunakan enjin 1.5L 4-sebaris Turbo yang sama. Berbanding enjin Turbo generasi terdahulu, ia menerima talaan baharu dan mampu menjana lebih kuasa.

image is not available

Ia kini berada pada 182PS dengan daya tujah setinggi 240Nm. Menurut Honda, enjin ini memiliki karakter lebih berkuasa daripada enjin alami 2.4L.

3.    Honda SENSING ada satu ciri baharu

8 per 9 daripada ciri pendieriaan kereta ini adalah diwarisi daripada generasi sebelumnya. Satu pertambahan yang baharu adalah Lead Car Depature Notification System. Ciri ini akan memberitahu anda sekiranya kenderaan yang berada di hadapan anda telah bergerak, sangat berguna dalam situasi lampu isyarat merah.

image is not available

8 baki ciri penderiaan lain adalah seperti:

  1. Adaptive Cruise Control (ACC)
  2. Low Speed Follow (LSF)
  3. Collision Mitigation Braking Systems (CMBS)
  4. Forward Collision Warning (FCW)
  5. Lane Keep Assist System (LKAS)
  6. Road Depature Mitigation (RDM)
  7. Lane Depature Warning (LDW)
  8. Auto High Beam (AHB)

4.    Android Auto dan Apple CarPlay merentasi varian

Walaupun varian paling murah menerima sistem infotainment dengan paparan lebih kecil iaitu 7", ia tetap ada Android Auto dan Apple CarPlay seperti varian lebih mahal dengan paparan 9". Cumanya, varian yang lebih mahal turut menyokong Apple CarPlay secara wayarles.

image is not available

Memiliki sekurang-kurangnya 3 port USB untuk tujuan ini, 2 varian lebih tinggi 4 port USB untuk tujuan mengecas telefon.

5.    Varian paling murah kehilangan beberapa ciri menarik

Harga permulaan Honda Civic Gen-11 lebih tinggi sebanyak lebih RM15 ribu. Namun, di bahagian dalam, ia kehilangan beberapa ciri menarik berbanding varian termurah Gen-10 iaitu:

  • Kerusi elektrik pemandu 8 arah digantikan dengan kerusi biasa
  • 8 unit speaker digantikan dengan 4 unit speaker

Untuk perbezaan setinggi itu, varian termurah masih lagi tidak didatangkan dengan pedal shift. Tapi mujurlah Gen-11 ini diberikan lampu LED berbanding lampu Halogen.