Mudzrimar masih hidup, kekal dalam senarai ESSCom

30 Jan 2022 • 2:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KOTA KINABALU - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) mengesahkan individu yang dikehendaki pasukan itu, Mudzrimar@Mundi Sawadjaan masih hidup.

Komander ESSCom, Deputi Komisioner Hamzah Ahmad berkata, status Mudzrimar yang sebelum ini dilaporkan mati dalam insiden pada Mei tahun lalu kekal dalam senarai individu dikehendaki.

"Melalui perkongsian maklumat perisikan antara ESSCom dengan Joint Task Force Sulu (JTFS) dan Western Mindanao Command (J2 WESTMINCOM), Mudzrimar disahkan masih hidup susulan beberapa siri pertempuran dan pertembungan pihak pasukan keselamatan Filipina dengan suspek sejak Julai 2021.

"Sehubungan itu, suspek kekal berada dalam senarai dikehendaki pihak berkuasa bagi membantu siasatan dalam kes-kes jenayah rentas sempadan dan culik untuk tebusan (KFR) di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone)," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Khamis lalu, ESSCom mengeluarkan senarai terkini 20 individu dikehendaki pasukan keselamatan termasuk lima suspek baharu bagi membantu siasatan dalam kes jenayah rentas sempadan dan KFR.

Lima suspek baharu itu termasuk Mudzrimar yang merupakan anak saudara kepada Hatib Hajan Sawadjaan dan sub leader dalam Kumpulan Abu Sayyaf (ASG) dan mempunyai kepakaran membuat bom serta perancang letupan bagi insiden di 'The Our Lady Of Mount Carmel Cathedral Jolo' pada 27 Januari 2020 dan insiden lain di Jolo, Filipina pada 24 Ogos 2020.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved