Lelaki berbogel berkeliaran dalam rumah dirakam CCTV

31 Jan 2022 • 7:40 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SHAH ALAM - Tular di media sosial video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang lelaki tanpa pakaian dan memakai pelitup muka dipercayai memecah masuk sebuah rumah dalam kejadian di Shah Alam pada Sabtu.

Dalam video berdurasi dua minit 50 saat itu, lelaki terbabit dilihat berkeliaran di ruang tamu dan memasuki bilik rumah terbabit sambil memegang lampu suluh.

Menerusi keterangan video, kejadian dikatakan berlaku di taman perumahan Seksyen 20, di sini.

"Perkongsian untuk semua, kejadian berlaku di kawasan Seksyen 20. Orang minyak datang kembali.

"Manusia menceroboh dan mencuri di rumah dalam keadaan berbogel, waktu lebih kurang 5 hingga 6 pagi," menurut keterangan video dikongsikan menerusi kumpulan WhatsApp pada Isnin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pihaknya sedang menyemak berhubung penyebaran video terbabit.

Beliau memaklumkan, setakat ini belum ada pihak yang tampil membuat laporan berhubung kejadian.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved