Lagi penyu agar ditemukan mati di pantai Terengganu

25 Jan 2022 • 9:12 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA TERENGGANU - Seekor lagi penyu agar ditemukan mati terdampar di Pantai Sura Hujung dekat Dungun, petang Selasa.

Suri rumah, Siti Norhairose Azney Ahmad, 33, yang menemukan bangkai penyu tersebut pada 2.30 petang berkata tiada sebarang kesan kecederaan pada haiwan itu dan keadaan fizikalnya kelihatan masih segar.

"Dari jauh, saya terlihat ada penyu dibawa ombak ke pantai. Saya segera ajak adik dan dua anak pergi lebih dekat kerana mahu tengok lebih jelas.

"Ini kali pertama saya terjumpa penyu, malangnya penyu itu sudah mati. Saya minta pertolongan orang awam yang ada berdekatan untuk mengangkat penyu itu ke darat dan menghubungi Jabatan Perikanan Negeri Terengganu untuk membuat laporan," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Kematian penyu tersebut adalah yang ke-12 pada bulan ini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Terengganu Ruzaidi Mamat berkata pihaknya ada menerima laporan berkenaan penemuan itu dan beberapa kakitangan telah pergi ke lokasi tersebut untuk mendapatkan maklumat terperinci. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved