Sandaran WhatsApp Tanpa Had Ke Google Drive Mungkin Akan Berakhir

TechnologyDigital
31 Jan 2022 • 7:13 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Sandaran kesemua chat, video, imej dan dokumen WhatsApp ke Google Drive selama ini boleh dilakukan tanpa ia memakan kuota simpanan 15GB percuma pengguna. Tetapi era simpanan tanpa had ini mungkin akan berakhir dalam masa terdekat menurut maklumat yang dikongsi oleh WABetaInfo.

image is not available

WABetaInfo menemui beberapa baris kod yang memberikan amaran kepada pengguna sekiranya mereka telah mencapai kuota sandaran ke Google Drive. Kod ini ditemui selepas sebelum ini mereka turut melaporkan kelak WhatsApp akan membenarkan pengguna mengawal saiz sandaran yang ingin dimuat naik ke awanan.

Ciri ini akan membenarkan pengguna memilih apakah yang ingin disandarkan dalam kategori chat, gambar, video, dokumen dan media lain. Sekiranya langkah tidak lagi menawarkan sandaran tanpa had diaktifkan, ia tidak mengejutkan kerana Google sendiri tidak lagi menawarkan storan Photos tanpa had sejak tahun lalu. Sama ada anda bersedia ataupun tidak, langganan bulanan akan menjadi norma baharu kerana era storan percuma yang dibayar dengan data peribadi dijual akan berakhir.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved