#TangkapAzamBaki, Suasana Mulai Panas

Politics
22 Jan 2022 • 11:43 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Peserta Perhimpunan #TangkapAzamBaki, berkumpul di bawah Stesen LRT Bangsar, hari ini.

KUALA LUMPUR - Perhimpunan #TangkapAzamBaki mulai panas, apabila beberapa aktivis sosial mula tiba di lokasi.

Sekitar jam 11.10 pagi tadi, orang ramai mula melaungkan slogan anti kerajaan, antaranya 'Hidup Rakyat' dan 'Tangkap Azam Baki' ketika berhimpun di bawah stesen LRT Bangsar.

Turut dilihat hadir ialah peguam dan ahli PKR, Asheeq Ali, aktivis belia Adam Adli, Ahli  Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pinji, Howard Lee, ADUN Bukit Tunku, Lim Yi Wei dan pengasas Undi18, Qyira Yusri serta Tharma Pillai.

Kumpulan berkenaan turut membawa kain rentang bertulis 'Tangkap Azam Baki'.

Adam Adli ketika memberikan ucapan ringkas berkata, (pentadbiran) kerajaan boleh ditukar berulang kali, namun institusi yang kekal diselubungi rasuah tidak akan mampu membawa sebarang perubahan bermakna.

"Hari ini, seluruh ibu negara ditutup hanya kerana mahu melindungi seorang lelaki," katanya, sinis. - Getaran, 22 Januari 2022

image is not available
Trak FRU berada di sekitar Jalan Bangsar.

image is not available
Salah seorang peserta mengangkat sepanduk mengenai rasuah.

image is not available
Adam Adli (tengah) memukul gendang ketika cuba berarak pada Perhimpunan #TangkapAzamBaki, hari ini.