
Kota Kinabalu: Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) memulakan program keusahawanannya, Creating Millionaires Among Youth Women Entrepreneurs ([email protected]) tahun ini, menerusi Seminar Aspirasi dan Inspirasi.
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Ir. Shahelmey Yahya dijangka merasmikan seminar itu yang akan diadakan esok (Sabtu) dari jam 8 pagi hingga 2 petang di Shangri-la Tanjung Aru, Resort & Spa, di sini.
