Apple Sedang Memantau Pasaran Telefon Dengan Skrin Boleh-Lipat, Dan Penerimaannya Dikalangan Pengguna

TechnologyDigital
7 Jan 2022 • 6:19 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pada hari ini, Samsung sedia memasarkan telefon boleh-lipat dan menerajui pasaran, selain beberapa jenama lain turut telah memasukinya, seperti Xiaomi, Huawei dan juga Oppo.

Dengan perkembangan ini, ia semestinya menjadi persoalan berkenaan bilakah iPhone dengan skrin boleh-lipat akan diperkenalkan oleh Apple.

Mengikut peniris terkenal, Apple dikatakan sedang membangunkan dan menguji sejumlah prototaip berbeza yang menyertakan skrin boleh-lipat.

Namun, pada masa yang sama, Apple turut memantau pasaran sama ada ia mempunyai permintaan atau sebaliknya. Apple dijangka akan memantau daan menambah-baik pelbagai kesilapan yang dilakukan pesaing Apple dalam arena telefon boleh-lipat ini.

Apple juga dijangka ingin hadir dengan rekaan akhir yang baik dan tidak membangunkan produk dalam “beta” dan menambah-baiknya pada generasi-generasi setterusnya.

Apa pun, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut “iPhone Fold” ini dalam beberapa tahun ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved