Kanak-Kanak Temui Bom Mortar

4 Jan 2022 • 8:20 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Pemeriksaan yang dijalankan mendapati ia adalah'mortar bomb practice inert’ yang digunakan untuk latihan.

KOTA BHARU - Sebutir bom mortar ditemukan sekumpulan kanak-kanak yang sedang mandi di tepi Sungai Gertak Kertitir di Pasir Tumboh, Kubang Kerian di sini, petang semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Supritendan Mohd Suhaimi Ali berkata pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan bom berkenaan pada kira-kira pukul 4.55 petang.

“Bertindak atas maklumat sepasukan anggota Unit Pemusnahan Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan bergegas ke kawasan berkenaan.

“Hasil pemeriksaan objek yang ditemukan disahkan adalah ‘mortar bomb practice inert’ berwarna putih yang digunakan bagi tujuan latihan,” katanya ketika dihubungi,semalam.

Mohd Suhaimi berkata bom mortar itu kemudiannya dibawa oleh UPB bagi tujuan permusnahan. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved