Siri Redmi Note 11 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 10 Februari Hadapan

TechnologyDigital
27 Jan 2022 • 2:21 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Pelancaran global baru sahaja berlangsung semalam, kini tarikh pelancaran rasmi untuk pasaran tempatan pula diumumkan. Memetik perkongsian terkini di Facebook rasmi milik Xiaomi Malaysia, ia bakal diadakan pada 10 Februari 2022 menerusi sebuah acara yang berlangsung secara dalam talian.

image is not available

Penggunaan perkataan ‘series’ pada poster dikongsi turut memberi bayangan akan terdapatnya beberapa vasiasi model yang bakal diumumkan kelak. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan dan kami di Amanz berkongsi kemaksini lanjut termasuklah harga jualannya.

Pelancaran Global semalam memperlihatkan jenama ini hadir dengan empat variasi model berbeza. Ini termasuklah Redmi Note 11 Pro, Redmi Note 11 Pro 5G, Redmi Note 11 dan Redmi Note 11S. Kesemua model membawakan penawaran berbeza, di samping kemasan yang menyertakan elemen malar hijau pada bahagian tertentu. Untuk bacaan lebih lanjut mengenai spesifikasi peranti, rujuk pautan yang disediakan di bawah.