Cara mudah letak gambar dalam Words guna ‘snipping tool’

20 Jan 2022 • 5:23 PM MYT
Sinar Bestari
Sinar Bestari

Portal Pilihan Guru-Pelajar-Sekolah serta IPTA/IPTS

image is not available

Dalam era endemik Covid-19 ini rata-rata guru menggalakkan anak murid mereka untuk membuat kerja sekolah seiring dengan teknologi yang ada.

Penggunaan komputer sudah tidak asing lagi dalam kalangan pelajar baik mereka yang bersekolah rendah mahupun sekolah menengah.

Perisian Words dalam komputer juga digunakan oleh para pelajar bagi melengkapkan tugasan folio terutamanya bagi pelajar Tingkatan Lima.

Kali ini, GPSBestari ingin mengajarkan kepada adik-adik bagaimana caranya untuk meletakkan gambar dalam Words dengan menggunakan ‘snipping tool’.

Kaedah ini sangat mudah, ringkas dan menjimatkan masa adik-adik.

Pelajar juga tidak perlu bersusah-payah ‘save image’ yang hanya boleh memberatkan perisian dalaman komputer sahaja.

Mari ikuti kaedah letak gambar dalam Words seperti yang berikut.

1. Buka ‘Words’

image is not available
Langkah pertama yang perlu dilakukan adalah dengan membuka perisian Words dalam komputer adik-adik.

2. Cari gambar di Google

image is not available
Seterusnya adik-adik boleh cari gambar seperti yang diarahkan dalam kerja sekolah. Contohnya, bunga ros.

3. Buka ‘Start’ di Windows dan cari perisian ‘Snip & Sketch’

image is not available

Adik-adik hanya perlu tekan butang ‘New’ dan ‘Snip’ gambar bunga ros tersebut.

4. Tekan butang ‘Copy’

image is not available
Untuk salin gambar bunga ros yang sudah ‘snip’ tadi.

5. Tekan Ctrl + V

image is not available
Langkah akhir yang adik-adik perlu adalah menekan butang Ctrl + V supaya gambar dapat ditampalkan dalam tugasan kerja sekolah masing-masing.

Semoga tip ini dapat membantu murid dan pelajar menyiapkan tugasan yang cikgu berikan dalam masa singkat. Mudah bukan?