2 Resipi Minum Petang Menyelerakan

Cooking
3 Jan 2022 • 3:34 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Menikmati hidangan minum petang bersama keluarga dan teman-teman boleh jadi menyeronokkan jika menu yang tersedia memikat selera.

Walaupun banyak lokasi selera yang menawarkan hidangan minum petang atau bahasa popularnya ‘hi-tea’, namun sesekali apalah salahnya ambil masa untuk menyediakan sendiri hidangan ini.

Mungkin ada yang berkata, “Ah, susah dan leceh!”

Tunggu dulu, sebenarnya resipi mudah ini ‘bersepah-sepah’ di internet. Cuma taip kata kunci dan menjelmalah senarai yang panjang.

Tapi seperti selalu, Getaran mahu mudahkan hidup anda. Ini ada dua resepi minum petang menyelerakan yang boleh dicuba sendiri di rumah. 

 

Kuih Talam

image is not available
Resipi dan gambar - Ayam Brand™

Bahan-bahan:-

Lapisan atas 

30 gram tepung beras

30 gram tepung jagung

50 ml air

250 ml santan

2 helai daun pandan 

 ¼ sudu teh garam

Lapisan bawah

300 gram jagung

250ml santan 

100 gram gula pasir

50 gram tepung jagung 

½ sudu teh esen vanila 

½ sudu teh garam 

Cara membuatnya : 

Lapisan bawah:

1) Kisar jagung dengan santan dan tapis.

2) Masukkan gula pasir, tepung jagung dan vanila dan kacau sebati.

3) Tuang ¾ campuran ke dalam acuan yang telah disapukan dengan minyak masak.

4) Kukus lebih kurang 10 minit.

Lapisan atas:

1) Panaskan santan dengan daun pandan dengan api yang kecil sehingga mendidih.

2) Dalam mangkuk, kacau semua bahan tadi dan tapis.

3) Tuangkan campuran ke dalam acuan.

4) Teruskan mengukus selama 20 minit sehingga masak. 

5) Biarkan ia sejuk dahulu sebelum mengeluarkannya dari acuan. Jika suka, boleh juga disimpan di dalam peti ais terlebih dahulu.

 

Kek Marble

image is not available
Resipi dan gambar : Enamarblecake - 018 9688178

Bahan-bahan:

200 gram gula halus

250 gram marjerin

1 sudu teh esen vanila 

250 gram tepung naik sendiri

4 biji telur

3 sudu besar susu segar

Cara membuatnya:

1) Putar gula dan marjerin sampai kembang.

2) Kemudian masukkan vanila.

3) Masukkan telur satu persatu. Pukul sampai sebati dan matikan suis.

4) Masukkan tepung dan jangan kacau keterlaluan. Kaup-kaup sahaja.

5) Masukkan tiga sudu besar susu segar dan kaup perlahan-lahan.

6) Bahagian kepada tiga bahagian (pilihan warna terpulang kepada anda).

7) Bakar pada suhu 150C dengan api atas bawah. Bakar hingga masak (20 ke 30 minit).

- Getaran, 3 Januari 2022

View Original Article