Maybank2U, APP MAE, ATM, dan Kad Debit alami kegendalaan perkhidmatan

LocalDigital
17 Jan 2022 • 3:39 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Kemas kini 17 Januari. 04:38pm

Utusan terbaharu Maybank di Twitter menunjukkan yang kegendalaan lebih teruk melanda sistem perbankan mereka. Bukan setakat Maybank2U, dan MAE, servis ATM dan Kad Debit turut tergendala.


Pihak Maybank telah mengesahkan yang laman web Maybank2U dan MAE by Maybank2U mengalami kegendalaan servis. Ini adalah kegendalaan dalam tempoh kurang daripada 30 hari daripada kegendalaan kali terakhir.

Kali terakhir Maybank2U tergendala adalah pada 20 Disember 2020. Itu belum diambil kira kegendalaan berjadual seperti yang berlaku 30 minit sebelum 9.9 Sekiranya anda pergi ke portal Maybank2U, anda masih boleh memasukkan ID dan kata laluan tapi akan dihidangkan dengan mesej “Service is currently not available”.

image is not available

Sementara itu, di APP MAE by Maybank 2U pula, anda langsung tak boleh pergi ke perumah aplikasi itu sebaliknya tersangkut di skrin loading.

Warganet mula bersuara tentang isu ini bagi mendapatkan kepastian daripada warganet yang lain.

image is not available