“Orang Lain Berhutang, Aku Jadi Mangsa” – Lelaki Ini Terkejut Rumah & Kereta Disimbah Cat Merah Rupanya…

28 Jan 2022 • 4:45 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini tular di aplikasi Facebook, seorang pengguna yang terkejut apabila rumah hdan kereta miliknya di simbah dengan cat merah oleh ‘Ahlong’.

Menerusi perkongsian tersebut, pengguna yang dikenali sebagai Azhar Md Arif menjadi keliru kerana bukan dirinya yang berhutang tetapi jirannya.

Menurut Azhar, kejadian tersebut berlaku lebih kurang pukul 12 malam semalam apabila dia terdengar jeritan jiran depan rumahnya.

image is not available

Rumah aku nombor 288, rumah penghutang nombor 286, aku WhatsApp si Ahlong, si Ahlong siap suruh kita pulak cari owner rumah tu.

Jelasnya, sebaik sahaja dia keluar dari rumah, kelihatan dua orang lelaki menunggang motosikal terus beredar dari rumahnya selepas mencampakkan sebotol cat merah di depan rumah.

Sudah lah salah rumah, dia boleh suruh kita cari si penghutang tu, sabar sahaja lah.

image is not available

Dalam pada itu, Azhar berkata dia membuat hantaran tersebut supaya orang ramai lebih berwaspada. Dia turut memohon doa daripada orang ramai supaya dirinya dilindungi selepas diganggu oleh ‘Ahlong’ tersebut.

image is not available 1 hari lalu

(VIDEO) “Sumpah Seram!” - Dipaksa Beri Duit, Wanita Ini Cemas Dikejar Lelaki Peminta Sedekah