
MARANG: Seorang lelaki warga Myanmar ditahan polis selepas dipercayai merogol kekasihnya berusia 14 tahun.
Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris berkata, penahanan suspek dibuat susulan laporan diterima daripada keluarga mangsa pada Ahad lalu.
Beliau berkata, hasil soal siasat awal suspek mengaku merogol mangsa dan pemeriksaan lanjut terhadap telefon bimbit suspek turut menemui beberapa gambar bogel disyaki gambar mangsa.
“Siasatan awal mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau selain bebas daripada pengaruh dadah.
“Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya di sini semalam. – AGENSI
Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today

