'Kehidupan Perlu Diteruskan' - Ernest

1 Jan 2022 • 3:57 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Rata-rata netizen yang melihat gambar ini berasa sebak, melihat Ernest memerhatikan keretanya yang digunakan untuk e-hailing, ditenggelami air, dalam banjir di Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam, baru-baru ini. - Gambar Sadiq Asyraf

Bukan hanya rumahnya ditenggelami air dan barang di dalamnya musnah, kini satu-satunya kenderaan yang digunakan Ernest Alan Jansz, 69, untuk e-hailing, turut mengalami kerosakan dalam banjir besar yang melanda Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam, baru-baru ini.

Jika kita yang memandang keadaannya berasa sebak, inikan pula Ernest.

Boleh dibayangkan betapa beratnya beban yang terpaksa ditanggung oleh Ernest ketika ini apabila satu-satunya kereta yang digunakan untuk mencari rezeki rosak. 

Ikuti laporan disediakan wartawan Mastura Malak dan jurugambar Sadiq Asyraf yang bertemu Ernest, dan mendengar rintihannya yang hilang mata pencarian.