Jualan Lagu Dalam Medium CD Meningkat Buat Kali Pertama Dalam Tempoh 17 Tahun Pada 2021 Lepas

TechnologyDigital
10 Jan 2022 • 9:53 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Jualan CD atau cakera padat kini dilaporkan meningkat naik buat pertama kalinya dalam tempoh 17 tahun pada 2021 yang lepas. Melalui Billboard, pada tahun 2021, lagu dalam medium cakera padat mencapai jumlah jualan sebanyak 40.59 juta unit.

Peningkatan ini adalah disebabkan oleh beberapa artis termasuk Adele dan Taylor Swift yang mana album keluaran mereka terjual dengan tinggi pada tahun lepas dalam medium cakera padat. Hal ini juga kerana para peminat membelinya dalam medium cakera padat dalam menjadikan koleksi, disamping menyokong artis kegemaran mereka.

Perkembangan ini sekaligus memperlihatkan jualan medium cakera padat meningkat buat pertama kalinya pada 2021 sejak memperlihatkan penurunan bermula 2004 yang lepas.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved