
Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah (UMS) dijangka menyaksikan inisiatif pemulihan hutan yang lebih baik dirangka dengan dana lebih RM2 juta diterima daripada Yayasan Sime Darby pada Jumaat.
Pembiayaan ini akan digunakan untuk pemuliharaan kawasan diasingkan di Teluk Sandakan melibatkan estet iaitu Ladang Sentosa, Tunku, Tun Tan Siew Si dan estet Tigowis.
