Bazar Ramadan: MPHS buka permohonan permit, utama penduduk setempat

11 Jan 2022 • 9:48 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 10 JAN: Permohonan permit bazar Ramadan melibatkan 10 lokasi di bawah selian Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) dibuka hari ini dengan keutamaan diberikan kepada penduduk setempat.

MPHS memaklumkan permohonan itu dibuka secara dalam talian selama sebulan sehingga 10 Februari dengan orang ramai boleh memohon di pautan http://bazar.mdhs.gov.my:8888/ebazar/

“Keutamaan permohonan akan dibuka kepada penduduk tempatan Hulu Selangor dan setiap peniaga dibenarkan untuk memohon dua petak sahaja untuk setiap permohonan.

“Keputusan permohonan akan dimaklumkan pada 1 Mac 2022 melalui perkhidmatan sistem pesanan ringkas (SMS) dan e-mel,” katanya di Facebook.

Maklumat lanjut boleh berhubung permohonan itu boleh diikuti menerusi portal MPHS di www.mphs.gov.my untuk atau boleh hubungi Jabatan Pelesenan di talian 03-6064 1331 dengan sambungan 131/132/159.

Berikut 10 lokasi Bazar Ramadan dan jumlah tapak yang ditawarkan di bawah selian MPHS:

– Tapak Penjaja JRD, Liga Mas Batang Kali (140)
– Tapak Pasar Pagi Taman Seri, Batang Kali (50)
– Taman Cempaka, Serendah (50)
– Sebelah Medan Selera, Sungai Buaya (20)
– Tapak Pasar Malam, Bukit Sentosa (200)
– Jalan Seroja, Bukit Sentosa (100)
– Jalan Telipot, Bukit Sentosa (25)
– Antara Gapi, Serendah (35)
– Persiaran Jalan Taman Bunga Raya(20)
– Jalan Kantan, Bukit Beruntung (100)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved