Pembalakan Bagus Untuk Populasi Harimau – Jabatan Perhutanan Kelantan

24 Jan 2022 • 5:26 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan, Abdul Khalim Abu Samah menerusi satu kenyataan memberitahu bahawa aktiviti pembalakan sebenarnya ‘bagus untuk populasi harimau’, lapor Malaysia Kini.

Jelas Abdul Khalim, kesan pembalakan akan menyebabkan tumbuhnya pokok dan tumbuhan yang baru sekaligus menggalakkan kehadiran spesis haiwan yang menjadi makanan kepada haiwan liar itu.

 

image is not available

Sumber : Google  

 

Dia yang ditemui ketika sidang media operasi bersepadu pencerobohan Hutan Simpan Relai di Gua Musang hari ini berkata demikian berdasarkan fakta kajian oleh pakar di mana kawasan-kawasan selepas pembalakan sebenarnya bagus untuk populasi harimau.

Populasi harimau akan lebih tinggi, apabila berlaku pembalakan kawasan itu akan ditumbuhi anak pokok. Jadi kawasan itu akan dihadiri haiwan seperti kancil yang menjadi makanan harimau.

Mengulas lanjut mengenai aktiviti pembalakan yang berleluasa sehingga menyebabkan kepupusan harimau, Abdul Khalim berkata pihak mereka sentiasa patuh dengan catuan tebangan tahunan (CTT).

 

image is not available

 

Tambahnya, sebarang aktiviti pembalakan hanya berlaku di kawasan hutan simpan pengeluaran dan bukannya hutan simpan perlindungan.

“Kita tidak melebihi catuan tebangan yang dibenarkan membabitkan keluasan 3,900 hektar setahun seperti dilaporkan dalam Rancangan Malaysia ke-12.” katanya lagi.

image is not available 3 minggu lalu

"Tiada Keperluan Hentikan Pembalakan Di Negeri Ini" - Timbalan Menteri Besar Kelantan