Sebab Kos Sebenar Pelekat RFID Tak Sampai RM1, Betul Ke Harganya Akan Diturunkan?

24 Jan 2022 • 11:58 AM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Sejak Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) mula dilaksanakan di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) pada 15 Januari lalu, semakin banyak aduan kelemahan yang diutarakan para pengguna.

image is not available

Malahan, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut membangkitkan persoalan mengenai harga tag teknologi RFID yang dijual Touch ‘n Go (TnG) pada harga RM35.

Menerusi posting Najib Razak di Facebook, ujarnya kos pelekat RFID pasif lazimnya dijual pada harga bawah RM1 sekeping.

“Kos sticker RFID pasif biasanya bawah RM1 sekeping. Jadi, kenapa pula dijual pada harga RM35?”

“Dan adakah syarikat Touch ‘n Go atau PLUS akan memberi rebat bagi pemilik SmartTAG yang tidak berfungsi lagi sekiranya plaza tol beralih sepenuhnya kepada sistem RFID?”

image is not availableMelihat isu yang timbul, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bersedia mengadakan pertemuan dengan PLUS dan Touch ‘n Go untuk membincangkan pengurangan harga pelekat RFID.

Memetik sumber FMT, kerajaan sedang berusaha meredakan kemarahan orang ramai yang mempersoalkan mengenai kualiti pelekat terbabit dan berkongsi pengalaman menggunakan sistem itu di media sosial.

Ada yang mendakwa pelekat itu mudah rosak apabila kerap dibasuh dan tidak kurang juga yang memaklumkan ia tidak efi­sien kerana tidak dapat berkongsi dengan kenderaan lain selepas ditampal.

image is not available

Dalam pada itu, Menteri Kanan Kerja Raya Fadillah Yusof memberitahu Touch ‘n Go dan PLUS supaya mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan masalah yang timbul akibat penggunaan sistem pembayaran RFID.

image is not available

Sumber: Odisi, FMT