“Ritual Raja Bomoh Diharamkan Sejak 2015” – Mufti Perak

6 Jan 2022 • 1:20 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini tular dalam media sosial video Raja Bomoh melakukan ritual menolak musibah banjir di Dataran Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Teluk Intan.

Susulan video tular itu, Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim berkata, kerajaan negeri telah mewartakan fatwa mengenai pengharaman apa-apa sahaja upacara dilakukan raja bomoh atau nama sebenarnya, Ibrahim Mat Zin pada tahun 2015.

Menurut beliau, Jawatankuasa Fatwa Negeri yang bersidang pada 17 hingga 19 September 2014 telah memutuskan amalan perbomohan yang dilakukan oleh Ibrahim bertentangan dengan hukum syarak.

image is not available

Sebarang upacara dan amalan perbomohan yang dilakukan oleh raja bomoh sama ada untuk tujuan perubatan, perbomohan atau selainnya adalah berlawanan dengan hukum syarak dan haram.

Jelas Zamri, umat Islam di negeri ini yang mengingkari fatwa berkenaan boleh dikenakan tindakan di bawah undang-undang yang dikuatkuasakan di Perak.

Oleh demikian, umat Islam dilarang menyebar, mempromosikan fahaman dan ajaran, menghadiri apa-apa upacara yang dikaitkan dengan ajaran tersebut.

Tambahnya lagi, umat Islam di negeri ini juga dilarang menerbit, memuat naik atau memuat turun apa-apa terbitan berbentuk risalah, media sosial, rakaman audio atau filem berkaitan aktiviti raja bomoh.

image is not available 4 jam lalu

Raja Bomoh Nafi Dakwaan Buat Ritual Syirik, Niat Hanya Untuk Lindungi Keturunan