“Seumur hidup sayalah isteri yang membeli beras.” Aishah terharu terima hadiah hari lahir dari anak

Entertainment
11 Jan 2022 • 8:52 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

PENYANYI terkenal, Aishah baru-baru ini berkongsi luahan hati sempena ulang tahun kelahirannya baru-baru ini.

Menerima seutas gelang daripada anak-anak, penyanyi yang popular dengan lagu ‘Janji Manismu’ itu mencurahkan isi hatinya tentang perkahwinannya sebelum ini.

Titip Aishah atau Wan Aishah Wan Ariffin, dia tidak pernah dimanjakan dengan bingkisan hadiah semasa bergelar isteri.

Bahkan dia memikul tanggungjawab yang lebih besar.

“Saya tidak pernah merasa hidup sebagai seorang isteri yg dimanjakan dengan hadiah-hadiah..

“Seumur hidup sayalah isteri yang membeli beras.

“ALLAH bagi anak-anak yang thoughtful, belated birthday present from Armand.

“Buat mata mum dia masuk habuk,” titipnya.

image is not available
Aisyah di samping dua anak lelakinya, Armand Azhari dan Azhad Ahlami.

Luahan Aishah yang menyambut ulang tahun kelahirannya pada 3 Januari lalu itu menyentuh hati para pengikutnya di Instagram.

Malah tidak kurang pula bersetuju dengan penyanyi itu dan memberikan dorongan.

- “Sebab itu saya malas nak bersuami lagi. Lelaki menyusahkan saya, membazir.

- “Sesungguhnya kehidupan ini tidaklah seindah mimpi.”

- “Alhamdulillah semoga murah rezeki kak Aishah tahun 2022 ini.”

- “Anda wanita yang kuat dan hebat.Maka Allah duga dengan semampunya kita. Moga pelangi tiba. Moga terus kuat cantik dan sihat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm)

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram!