Individu Persoal Elaun Imam Rawatib Hanya RM900, Patut Atau Tidak?

Politics
11 Jan 2022 • 6:02 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
imam

Umum mengetahui kadar gaji minimum di Malaysia sudah dinaikkan kepada RM1,100 hingga RM1,200 sebelum ini. Bagaimanapun, isu gaji minimum masih menjadi perbualan rakyat kerana jumlah itu masih tidak mencukupi untuk menyara kehidupan memandangkan harga barang yang semakin meningkat.

Isu gaji ini kembali hangat apabila seorang pengguna Twitter @H_Bakkaniy berkongsi gambar iklan kerja kosong sebagai iman rawatib di sebuah masjid. Dalam iklan itu menunjukkan tawaran elaun sebanyak RM900 sahaja dan Faeez merasakan jumlah itu tidak selari dengan kelayakan tinggi yang diminta.

“Bawah paras gaji minimum tu!”

Jawatan kosong sebagai iman rawatib ini juga mengkehendaki calon yang memiliki Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan setaraf dengannya.

Mereka yang Syahadah Tahfiz dari Mahad Tahfiz Al-Quran atau memiliki diploma bidang Tahfiz al-Quran, pengajian Islam juga boleh memohon.

image is not available

Melihat pada ruangan komen ada yang bersetuju dengan lelaki ini dan ada juga yang merasakan imam rawatib sudah dapat lebih.

image is not available

Tengok kawasan boleh dapat RM20k satu bulan

image is not available

Salah satu sebab anak muda jauh dari masjid

image is not available

Mungkin ada jawapan yang sebenarnya mengapa elaun ini rendah. Kami akan kongsikan jawapan tentang perkara ini jika ada pihak yang lebih arif memberikan jawapan.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

View Original Article