Bukan Saya Lantik Azam Baki, Hanya Ikut Prosedur – Tan Sri Muhyiddin Yassin

Politics
12 Jan 2022 • 11:13 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tampil menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dia telah memilih Tan Sri Azam baki sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika di bawah pemerintahannya, sebelum ini.

image is not available 5 hari lalu

Cetus Perdebatan Rakyat, Azam Baki Perlu Kemuka Bukti Dan Penjelasan - Suruhanjaya Sekuriti

Ujar Muhyiddin, Ketua Setiausaha Negara yang telah mencadangkan nama Azam dan perlantikan dibuat selepas ia diperkenankan oleh Yang Dipertuan Agong, seperti dilaporkan Astro Awani.

Tambahnya lagi, perlantikan Azam itu telah melalui prosedur yang ditetapkan untuk mana-mana jawatan dalam kerajaan.

Ya, dia dilantik waktu saya menjadi PM, bila berlaku kekosongan bekas pesuruhjaya yang dahulu berhenti maka perlu ada pengganti.

Yang melantik bukan saya iaitu selepas diperkenankan oleh Yang Dipertuan Agong, dan proses lantikan itu teratur mengikut peraturan.

Kata Muhyiddin, pelantikan itu diperakukan oleh sebuah jawatankuasa, Ketua Setiausaha Negara yang telah mencadangkan nama kerana merasakan Azam layak untuk memegang mandat jawatan tersebut.

image is not available

Sumber : Sinar Harian  

Kenyataan itu dikeluarkan Muhyiddin sebagai respon kepada kenyataan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said yang mempersoalkan sama ada beliau ada memeriksa latar belakang Azam sebelum memberi nasihat (mengenai perlantikan Azam Baki) kepada Agong atau sebaliknya.

Azalina tampil menyatakan persoalan tersebut berikutan kontroversi yang melibatkan Azam berhubung pemilikan saham di mana Ketua Pesuruhjaya SPRM itu tampil menafikan dan mendakwa akaunnya telah digunakan oleh adik, Nasir Baki untuk membeli lebih dua juta saham dan waran dua syarikat pada tahun 2015 dan 2016.

Terdahulu, Azam telah dilantik mengetuai SPRM berkuatkuasa pada 9 Mac 2020 selepas jawatan itu dilepaskan oleh penyandangnya yang terdahulu, Latheefa Koya.