FDA lulus dos penggalak Pfizer kepada individu 12 tahun ke atas

Health & Fitness
4 Jan 2022 • 12:10 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

KALAMAZOO : Pemberian dos penggalak vaksin Covid-19 jenis Pfizer kini telah mendapat kelulusan daripada pihak Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA) bagi kanak-kanak seawal usia 12 tahun.

Menurut FDA, semua individu berusia berusia 12 tahun ke dan ke atas boleh mendapatkan dos suntikan penggalak seawal lima bulan selepas dos terakhir mereka.

Menurut kajian, seramai 6,300 kanak-kanak berusia 12 hingga 15 tahun tidak menemui sebarang risiko dan kebimbangan keselamatan yang serius selepas mendapat dos penggalak.

Data juga menunjukkan tiada apa-apa masalah yang dikenal pasti apabila sela masa untuk dos penggalak dikurangkan kepada lima bulan.

Vaksin masih menawarkan perlindungan yang baik terhadap komplikasi serius sekiranya dijangkiti Covid-19.

Namun pihak berkuasa kesihatan menggesa semua orang yang layak untuk mendapatkan dos penggalak sebagai langkah untuk mengelak diri mendapat komplikasi teruk serta boleh melawan varian baharu, Omicron.

– AGENSI

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved