Alunan melodi asli, barat guzheng warnai sambutan Tahun Baharu Cina

27 Jan 2022 • 8:44 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 27 JAN: Pemain guzheng Sara Heng sekali lagi memeriahkan sambutan Tahun Baharu Cina 2022 peringkat negeri yang diraikan secara dalam talian pada 1 Februari.

Anak tempatan itu bakal membawa kelainan bermain alat muzik tradisional yang menggabungkan melodi Cina dan barat, kata pengerusi jawatankuasa khas agama Buddha dan Tao Selangor.

“Jom menonton keunikan Sara Heng seorang pemuzik guzheng serba boleh dari Malaysia yang akan mempersembahkan gabungan muzik Cina dan barat sekali gus memecahkan tanggapan ia bukan sekadar muzik purba,” kata Dato’ Teng Chang Khim di Facebook.

Program selama sejam disiarkan melalui Facebook Mandarin Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari @ami.mbselangor dan Chang Khim pada 1 Februari mulai 9 malam.

Ia turut menampilkan seniman tiga generasi dari zaman 70-an hingga kini antaranya nyanyian lagu klasik oleh kumpulan Dua Sekawan dan tarian singa oleh Persatuan Tarian Singa Hong Jing.

Pelancaran lagu sempena perayaan Tahun Baharu Cina bertajuk ‘Salam Tahun Baru’ hasil ciptaan Kam Leong juga akan dibuat pada program itu.

Orang ramai tanpa mengira kaum berpeluang memenangi angpau berjumlah RM10,000 dengan menyediakan ucapan kreatif yang boleh ditulis dalam pelbagai bahasa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved